Rabu, 16 April 2014

Bilik untuk disewa.Bandar Seri Iskandar,Perak

Girl only!!!!!!! 
Type A




 RM180.00(1 BILIK:2 PENGHUNI ya!!!)
 

Jumaat, 21 Februari 2014

Room For Rent Seri Iskandar,Perak (Only for Ladies)




 http://dsc.ibilik.com/photos/409938/rumah_m1.png








- Deposit 2+1
-fully furnished
- close to public transportation and grocery store
- close to KFC/TASCO/BANK RAKYAT
- close to UITM Sri Iskandar
- a lot of restaurants around
- safe environment & friendly neighbours




ROOM FOR RENT SERI ISKANDAR PERAK





Description

-fully furnished
- close to public transportation and grocery store
- close to KFC/TASCO/BANK RAKYAT
- close to UTP & UITM Sri Iskandar
- a lot of restaurants around
- safe environment & friendly neighbours

Master bedroom view

Bilik Sewa Seri Iskandar Perak....

BILIK UNTUK DISEWA!!!

LOKASI MENARIK!!





ADA 3 JENIS BILIK UNTUK DIPILIH....KERANA  TERDAPAT 4  BUAH RUMAH YANG TERSEDIA UNTUK DISEWA!!!


a) RUMAH UTK LELAKI BUJANG-BILIK UTK 2 ORANG(KATIL SINGLE)
                                                            -BILIK 1 ORANG(KATIL QUEEN)

b) RUMAH UTK WANITA BUJANG-BILIK UTK 2 ORANG(KATIL SINGLE)
                                                            -BILIK 1 ORANG(KATILSINGLE)

                                                             -

Ahad, 16 September 2012

Hari Malaysia 2012....perginya seorang jiran yang baik

penghujung syawal...di kejutkan dengan berita pemergian seorang jiran yang terlalu baik... selalu tersenyum lebar melihat mama ju balik dr perantauan..Walaupun.berbangsa cina, berlainan agama dan fahaman mama ju tetap sebak dan menitis air mata takkala mendengar berita itu...cuti raya hari tu...Mama ju ada menyapa n berbalas senyuman... ketika uncle berjalan keluar rumah mengambil angin(berangkali menahan sakit kanser yang dialaminya)

hari ini...bila mama ju bc status adik2 mama ju di FB....rupanya kami sekeluarga turut merasa kehilangannya...


Uncle sebelah rumah meninggal ,cancer..mlm ni dorg pasang khemah dpn umah,xpe lah bising pun,24 thn kita berjiran...lgpun selama ni uncle bnyk tlg kami sekeluarga...mak kata lps ni x da lah org nak tlg repair pintu rosak,paip bocor,kait buah pelam ,ambil buah kelapa muda..selama ni uncle yg tlg sbb dia tau kami x da ayah nak buat semua tu..,walau lain bangsa n agama ..Uncle mmg baik :( .. Salam 1 Malaysia ...

uncle sebelah umah mak dah meninggal dunia..kesian untie.. tadi untie n mak menangis bpelukan.. hemmm..:( walaupun blainan agama uncle n untie ni memang tak lokek kederat tolong mak.. sedihnyer..mak dah kehilangan seorang jiran yg terlalu baik..huuhuu.. lepas ni kalau nak renovate rumah tak tau le nak upah sape.. terakhir buat dgn uncle sebelum ramadan ari tu.. uncle buat memang the best..kemas..


Mama ju tak dapat memberi penghormatan terakhir...hanya dpt mengucapkan Takziah buat keluarga mendiang , semoga mereka tabah dengan dugaan ini...


Rabu, 23 Mei 2012

Raja Muda of Perak, Most beautiful royal couple ♥









gorgeous family! Most beautiful royal couple ♥
Raja Dr Nazrin Shah & Raja Puan Besar Perak, Tuanku Zara Salim

Selasa, 15 Mei 2012

Guru Oh Guru – Usman Awang 2012






SELAMAT HARI GURU

Guru Inovatif Penjana Transformasi Pendidikan Negara






 Guru Oh Guru – Usman Awang
Berburu  ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG

1979





untuk guru-guru yang seluruh MAlaysia